Berita

10 berita popular Menteri Wilayah Persekutuan 2020

ANNUAR menyerahkan gerai 'Mary'kepada peniaga kurang upaya (OKU), Mohamad Nor Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dekk Mat.
- Diterbit 29 Disember 2020 4:45 AM MYT

SETIAP hari merupakan hari untuk bekerja dan bertemu rakyat bagi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa.

Sepanjang tahun 2020, banyak inisiatif dan program yang yelah diwujudkan oleh Annuar demi kesejahteraan warga wilayah.

Annuar juga cakna atau prihatin terhadap isu-isu melibatkan rakyat yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19.

Sempena penghujung tahun 2020, Wilayahku senaraikan antara 10 berita popular Annuar Musa dalam mengutamakan kepentingan rakyat.

April 2020: Annuar Musa memberi jaminan berhubung hak 100 penduduk rumah panjang Bukit Kiara untuk mendapatkan rumah ganti seperti dijanjikan lapan tahun lalu akan diteruskan.

Mei 2020: Sinar baharu buat 166 orang gelandangan apabila mendapat manfaat daripada program penempatan pekerjaan selepas lapan syarikat bersetuju untuk memilih mereka. 

Jun 2020: Penantian Minah Awang atau Che Nah selama 35 tahun untuk berniaga secara sah berakhir apabila Annuar Musa mengambil keputusan untuk menyerahkan sendiri Lesen Penjaja Beredar itu  kepada Che Nah.

ANNUAR melancarkan program Myfood@wilayah bagi mengurangkan beban rakyat.

Julai 2020: Untuk mengatasi tekanan disebabkan kemiskinan dalam bandar, 5 program diwujudkan iaitu My Grocer untuk membeli keperluan harian dengan harga rendah; My Bus (untuk keperluan hantar anak ke sekolah); My Food (bantuan berdasarkan bank makanan secara tersusun); My Medic (perkhidmatan kesihatan ke PPR di 178 tempat dikenal pasti); dan My Job (program menambah pendapatan sampingan).

Julai 2020: Lebih 60 asnaf dibenarkan memiliki rumah sendiri  menerusi program Baiti Jannati 2020.

Ogos 2020: 11 peniaga yang menjadi mangsa kebakaran di Desa Pandan dipindahkan ke tapak sementara agar mata pencarian mereka tidak terputus.

November 2020: Annuar  menyerahkan lesen penjaja dan gerai kepada ibu tunggal menjual nasi lemak dan bihun menggunakan troli iaitu Nurajahan Mariamah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mary. Kunci untuk rumah flat barunya juga diserahkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Chempaka, Jalan Kampung Pasir dengan kadar sewa RM124 sebulan.

Bukan itu sahaja, Annuar Musa turut menghadiahkan sebuah ‘gerai Mary’ kepada peniaga kurang upaya (OKU), Mohamad Nor Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dekk Mat. Dekk Mat yang tiada kedua-dua tangan menjual Nasi Lemak Bujang

Memahami situasi kesukaran hidup rakyat, Annuar telah mengumumkan Kuala Lumpur Wilayah Bebas Berniaga. Warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, Annuar turut mensasarkan untuk melahirkan seramai 2,000 usahawan menerusi Program Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Jangan lupa terus ikuti kisah Annuar Musa berjiwa rakyat hanya di Wilayahku.com.my – Wilayahku

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas