Berita

YWP sumbang dana bantu pesakit golongan B40

ZAIZALNIZAM (kiri) turut menyampaikan bantuan barangan asas kepada penerima Sumbangan Khas YWP, baru-baru ini.
- Diterbit 12 Ogos 2022 7:55 AM MYT

SELARAS dengan penubuhannya untuk membantu warga kota yang memerlukan, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah menyampaikan sumbangan dana kepada salah seorang pesakit yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40), baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun berkata ia merupakan sebahagian daripada Sumbangan Khas YWP dan pemohon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

“Pemohon merupakan warga emas yang tinggal bersama isteriserta seorang anak berusia 18 tahun di mana dia menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Pendapatan dan kos sara hidupnya hanya bergantung kepada pemberian anak dan Socso.

“Meskipun segala kos perubatan ditanggung oleh pemohon sendiri, YWP telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan juga barangan asas bagi meringankan bebanan kos hidup mereka sekeluarga,” katanya.

Tambahnya setiap tahun YWP mempunyai peruntukan bagi Sumbangan Khas seperti ini dalam membantu warga kota yang memerlukan sama ada dari segi perubatan mahupun pendidikan. Zaizalnizam berkata selain wang tunai, YWP turut menyampaikan sumbangan barangan asas seperti telur, sardin dan biskut.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun mewakili Menteri Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi YWP. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas