Berita

YWP sumbang 160 bakul makanan

DATUK Zaizalnizam Zainun (Kiri) menyerahkan kotak bakul makanan kepada Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur, Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif di IPK Kuala Lumpur, pagi tadi.
- Diterbit 19 Januari 2022 5:35 AM MYT

PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini menerima 160 kotak bakul makanan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Sumbangan ini diberikan kepada anggota-anggota PDRM IPK Kuala Lumpur yang telah terlibat dalam bencana banjir yang lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun berkata bantuan ini diagihkan sebagai tanda keprihatinan YWP kepada mangsa banjir termasuk anggota PDRM yang terkesan kerana mereka adalah petugas barisan hadapan (frontliner) yang berkorban tenaga, nyawa dan masa demi menjaga keselamatan negara di ibu kota Kuala Lumpur khususnya.

Beliau yang mewakili Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyerahkan bantuan bakul makanan bersama beras kepada Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur, Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif untuk diagihkan kepada anggotanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas