YEG sasar 5,000 pelajar sertai pelbagai program… Beri kelebihan dapat pekerjaan

YEG sasar 5,000 pelajar sertai pelbagai program… Beri kelebihan dapat pekerjaan

YEG Academy (YEG) menyasarkan seramai 5,000 orang pelajar secara keseluruhannya bakal menyertai pelbagai program yang ditawarkan menerusi kempen Pesta Sambung Belajar 2023.

MAJLIS pelancaran kempen YEG Pesta Sambung Belajar 2023 baru-baru ini.

Pengarah Urusan YEG, AzizulHakim Suhaimi berkata, pihaknya mahu mengurangkan peratusan pelajar lepasan SPM yang tidak mahu sambung belajar dengan menawarkan program pengajian berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

“Sasaran kempen YEG Pesta Sambung Belajar 2023 adalah untuk tingkatkan jumlah pelajar yang mahu menyambung pelajaran daripada 72 peratus yang tidak mahu sambung belajar pada tahun lepas.

“Oleh itu, YEG menyasarkan seramai 5,000 orang pelajar akan mendaftar dalam pelbagai program yang ditawarkan pada tahun ini,” ujar AzizulHakim.

Tambah AzizulHakim, pihak yakin program yang ditawarkan oleh YEG mampu menarik minat anak muda untuk menyambung pelajaran.

“Kami yakin dengan adanya dermasiswa bernilai RM10 juta, penyediaan silibus yang lengkap dan bidang pengajian yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran kerjaya akan dapat menarik minat pelajar yang tidak mahu sambung belajar,” kata AzizulHakim.

Menerusi kempen Pesta Sambung Belajar 2023 #belajarteruskerja, YEG menawarkan program seperti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma dalam Industri Penerbangan, Diploma Pengurusan Hotel dan terbaharu, Diploma Penguatkuasa Undang-Undang Malaysia.

DARI kiri: Pengarah YEG, Azizul Hakim dan Hasan Ithnin, PU Amin serta Zarul.

Menariknya, pelajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah akan dihantar menjalani latihan industri di Madinah.

Sementara itu, pelajar Diploma Pengurusan Hotel pula akan menjalani proses pembelajaran selama setahun di Malaysia sebelum dihantar untuk menjalani latihan industri di hotel lima bintang di Dubai dan Qatar selama 18 bulan.

“Pihak kami percaya proses pembelajaran menerusi praktikal dan pengalaman lebih memberi manfaat kepada pelajar untuk mendapatkan pekerjaan.

“Hal ini kerana, pengalaman terlibat dalam industri sebenar terutama di luar negara memberi lebih nilai kepada pelajar sekembalinya mereka ke tanah air,” ujar AzizulHakim pada sidang akhbar majlis pelancaran kempen YEG Pesta Sambung Belajar 2023 baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan YEG, Hasan Ithnin; Ketua Kolej Meatech, Che Rozaina Azizan; Pengerusi Putraforce, Ahmad Tarmizi Abdullah dan Pengerusi Kolej Antarabangsa Inovatif, Datuk Prof Emeritus Dr. Hashim Yaacob.

Tidak ketinggalan ialah Ketua Program Dubai Qatar, Shahawati Umar; Felo Meatech, Zarul Umbrella; Pensyarah Kanan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, PU Amin serta PU Riz. – WILAYAHKU

Share This