Berita

Malaysia Madani mampu pacu kegemilangan negara di arena global

- Diterbit 19 Januari 2023 10:53 AM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memperkenalkan Malaysia Madani sebagai usaha memacu dan memulihkan maruah dan kegemilangan Malaysia di arena global.

Anwar yang membentangkan konsep dan wawasan Malaysia Madani menekankan tentang masyarakat yang bertamadun, berkemahiran dan inklusif berdasarkan enam nilai teras iaitu Mampan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Dalam menyampaikan amanat bertemakan ‘Membangunkan Malaysia Madani’ di sini hari ini, Anwar turut menyeru semua anggota Kabinet dan penjawat awamnya supaya mengamalkan nilai-nilai teras dalam semua urusan pentadbiran.

“Saya mempunyai keyakinan tinggi bahawa Malaysia akan mampu bangkit semula di persada dunia…kita tidak mahu Malaysia dicemari dengan skandal, masalah dan konflik.

“Malaysia Madani akan mengembalikan hak Malaysia untuk dikenali dan dihormati sebagai sebuah negara yang makmur,” katanya.

Turut hadir, dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Zuli Ali, L anggota kabinet dan Menteri-Menteri Besar. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas