Utama

YaPEIM agih 500 tilam kepada mangsa banjir di Raub, Pahang

- Diterbit 21 Januari 2021 5:56 AM MYT

YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengagihkan 500 tilam kepada 250 keluarga yang terjejas akibat banjir di Raub, Pahang menerusi Program Inspirasi Qaseh Kami – Misi Bantuan Program Musaadah 2021 ke negeri itu.

YaPEIM dalam satu kenyataan menyatakan, tilam berkenaan dihantar menggunakan treler dalam majlis pelepasan yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Kompleks Islam di sini, hari ini.

“Kesemua keluarga yang terkesan akibat banjir masing-masing menerima dua gulung tilam bagi setiap keluarga dan ia dapat meringankan beban akibat kemusnahan harta benda,” kata YaPEIM.

YaPEIM berkata sumbangan yang diagihkan itu juga bertujuan, memaksimumkan agihan wang sumbangan amal jariah yayasan, yang disumbangkan orang ramai untuk digunakan sebagai manfaat kepada mereka yang benar-benar memerlukan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas