Berita

Yakult – Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia jalin kerjasama strategik

MAJLIS pemeteraian kerjasama antara Yakult Malaysia dengan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia melalui tajaan RM16,000 selama setahun.
- Diterbit 12 Ogos 2020 12:07 PM MYT

YAKULT (M) Sdn Bhd secara rasmi menjalin kerjasama strategik dalam bentuk tajaan bernilai RM16,000 kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada, pemeteraian tajaan pada 6 Ogos itu menandakan permulaan kerjasama jangka panjang kedua-dua pihak dalam usaha memartabat budaya bersukan dalam kalangan orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata, melalui perjanjian tersebut, Yakult Malaysia kini secara langsung sebagai penyedia Minuman Probiotik Rasmi bagi Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia selama setahun.

“Selain memeterai perjanjian ini, Yakult juga telah hadiahkan 52 pasang kasut bola terpakai kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia diterima dari PUMA Jepun dibawah perjanjian Usahasama Pengaktifan ASEAN Yakult dengan kelab bola sepak Liga Jepun Cerezo Osaka.

“Misi syarikat kami adalah membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai dan salah satu cara yang boleh kami lakukannya melalui sukan,” katanya dalam kenyataan media kepada Wilayahku di Kuala Lumpur.

Hadir sama, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Ong Shin Ruen.

Menurut Hiroshi Hamada, orang ramai mungkin tidak melihat kaitan minuman probiotik seperti Yakult dengan sukan, tetapi berdasarkan kajian saintifik menunjukkan kepentingan pengambilan probiotik ketika bersukan atau sewaktu hendak menjalankan aktiviti fizikal yang berat.

Ini kerana katanya, selepas bersukan, imunisasi badan akan lemah untuk sementara waktu dan ia menyebabkan badan manusia mudah terdedah dengan risiko selsema.

“Jadi, dengan meminum Yakult selepas aktiviti sukan akan meningkatkan imunisasi badan kita dan mengurangkan risiko mendapat jangkitan. Ini terbukti dengan penyelidikan dijalankan di United Kingdom oleh Professor Michael Gleeson dari Universiti Loughborough terhadap sekumpulan atlet menjalani latihan sukan yang intensif.

“Selain itu, kajian penyelidikan tempatan terkini oleh Dr Mahendran dari Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam mendapati pengambilan minuman probiotik oleh pemain bola sepak dapat memberikan manfaat terhadap psikologi dan menjana fungsi otak lebih baik seterusnya meningkatkan tahap kesihatan dan prestasi mereka,” jelasnya.

Sementara itu, kata Hiroshi Hamada, seperti yang diketahui umum, pengambilan Yakult juga dapat membantu meningkatkan fungsi usus perut dan telah diakui dalam Akta Makanan dan Peraturan sejak 2017 lagi.

Sebagai Perintis Probiotik, katanya Yakult turut bertanggungjawab tingkatkan kesedaran awam mengenai penting kesihatan sistem pencernaan yang baik dan imunisasi yang kuat, kepentingan mikrobiota usus yang sihat dan seimbang serta peranan faktor pemakanan terutama probiotik.

“Ketika sedang menghadapi penularan penyakit berjangkit seperti Covid-19 mahupun influenza, kita perlulah galakkan rakyat Malaysia menjaga sistem imunisasi mereka dan salah satu caranya adalah mengamalkan pengambilan Yakult secara berterusan.

“Kami jangka lebih banyak kajian akan dijalankan yang dapat menyingkap lebih banyak maklumat mengenai manfaat kesihatan probiotik dan kesan positifnya kepada microbiota usus, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhannya pada masa yang akan datang”, tambahnya.

Dalam pada itu, kesemua peserta juga bepeluang mengikuti taklimat ringkas minuman susu kultur probiotik Yakult dan lawatan di sekitar kawasan pengeluaran minuman itu sebaik selesai majlis pemeteraian perjanjian dan serahan kasut bola.

Aktiviti diaturkan sejajar falsafah syarikat Yakult iaitu mencegah lebih baik dari mengubati, usus yang sihat membawa kepada potensi umur lebih panjang selain berkongsi info perlunya menjaga e kesihatan yang baik kepada seramai mungkin.

Berdasarkan perangkaan, minuman susu kultur Yakult dinikmati secara harian oleh 40 juta orang dari 40 negara di seluruh dunia kerana kebaikan bakteria probiotiknya, iaitu Strain Shirota. Tahap keberkesanannya telah terbukti secara saintifik dapat melancar pergerakan usus, meningkatkan imuniti dan melindungi badan daripada jangkitan.

Menurut Hiroshi Hamada, minuman Yakult dibuat sepenuhnya di Malaysia di kilang berteknologi canggih di Seremban dan ia telah disahkan Halal oleh JAKIM. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas