Berita

Warga IPD Labuan anjur gotong royong Perdana Kawasan Perumahan IPD Labuan.

ANGGOTA dan pegawai polis mendengar taklimat sebelum melaksanakan Program Gotong-Royong Perdana di Kompleks Perumahan IPD Labuan baru-baru ini.
- Diterbit 14 Jun 2019 6:15 AM MYT

BERSIH. Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana bagi membersihkan kawasan perumahan anggota pasukan keselamatan tersebut baru-baru ini.

Program yang bermula dari pukul 2.30 petang itu mengumpulkan kira-kira 90 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota IPD Labuan.

Aktiviti gotong-royong tersebut turut mendapat kerjasama Perbadanan Labuan (PL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM)

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas