Berita

‘Veteran’ masih mahu kerah keringat

PRESTASI Shukor masih lagi hebat.
- Diterbit 11 Julai 2020 1:30 AM MYT

PEMAIN pertahanan pasukan Kuala Lumpur dan juga pemain veteran dalam Liga Malaysia (Liga-M), Shukor Adan memberi bayangan masih belum berhasrat mengundurkan diri dari kancah bola sepak Malaysia.

Shukor yang kini berusia 41 tahun beranggapan krisis wabak Covid-19 ini turut memberikan ruang kepadanya untuk mempertimbangkan hala tujunya sebagai pemain selepas ini.

“Ia satu pengalaman yang baik dan akan dikenang sampai bila-bila. Ini melibatkan keselamatan dan nyawa, apa yang pihak kerajaan buat, kita harus terima,” katanya.

Sebelum ini, Shukor pernah mengakui untuk menjadikan pasukan Kuala Lumpur destinasi terakhirnya bergelar seorang pemain, namun tidak menolak untuk terus beraksi sekiranya kudratnya
masih ditagih.

“Bila difikirkan balik, dalam tempoh enam bulan, saya tidak buat apa-apa. Saya sempat bercakap dengan ketua jurulatih kalau tahun ini saya tidak dapat lagi sesuaikan diri dengan boleh sepak, saya mungkin mengundurkan diri.

“Jadi selepas berehat panjang, terpulang kepada pihak persatuan sama ada mahu menyambung kontrak saya atau tidak,” tambahnya.

Sebagai rekod, Shukor mempunyai 51 penampilan bersama pasukan kebangsaan bermula pada tahun 2001 dan bersara di pentas antarabangsa pada tahun 2014.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas