Berita

Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia

- Diterbit 7 Mei 2020 5:21 PM MYT

PUTRAJAYA – Pendakwah terkemuka negara, Datuk Ismail Kamus disahkan meninggal dunia pada pukul 12.30 pagi ini di kediaman beliau di Ampang.

Berita kematian allahyarham dilaporkan di akaun Facebook rasminya, Ustaz Dato Ismail Kamus.

“Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi. Al Fatihah,” coretan di Facebook.

Terdahulu, Ismail, 72, yang juga pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia mula dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi 26 April lalu disebabkan demam dan keadaan jantung yang lemah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas