Berita

USTAZ EBIT LEW Tampung Perbelanjaan Makanan Haiwan Zoo Negara

|EBIT Lew memberi makan kepada Harimau Belang|SEBAHAGIAN makanan yang diberikan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara
- Diterbit 15 November 2020 11:51 PM MYT

AKIBAT pandemik COVID-19, pendapatan Zoo Negara terjejas semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setelah dimaklumkan situasi Zoo Negara yang kurang pendapatan, inendakwah terkenal, Ebit Lew  tampil memberi sumbangan makanan kepada haiwan-haiwan di sana.

EBIT Lew memberi makan kepada Harimau Belang

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Sekarang dah banyak bulan pihak Zoo Negara tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi (semalam). Petang terus bawa 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan dan sayuran,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam. 

SEBAHAGIAN makanan yang diberikan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara

Ebit Lew juga turut berkongsi pengalamannya mengunjungi Zoo Negara ketika bersekolah darjah satu.

“Dulu saya sampai sini masa darjah satu. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan kepada anak haiwan-haiwan di sini,” katanya yang  turut memaklumkan bahawa orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh menghubungi pihak Zoo Negara.

“Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO (Badan bukan kerajaan) sahaja.

“Jadi, sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara,” katanya.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, RM1 juta sebulan diperlukan untuk menampung perbelanjaan termasuk makanan haiwan dan penyelenggaraan zoo. 

Dalam keadaan ramai yang terjejas akibat. COVID-19, jangan dilupakan nasib haiwan di Zoo Negara yang memerlukan bantuan serta sumbangan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas