Berita

Ustaz Ebit Lew beli 100 tab untuk keperluan pelajar

USTAZ Ebit Lew beli 100 tab demi keperluan pelajar
- Diterbit 21 Januari 2021 12:52 PM MYT

PENDAKWAH popular, Ustaz Ebit Lew telah membeli 100 tab untuk diberikan kepada mana-mana pelajar yang memerlukan.

Ini kerana, semi mengekang wabak COVID-19, pelajar sekolah dikehendaki belajar secara dalam talian (online) dari rumah.

 Menerusi Facebooknya, Ebit Lew berharap bantuan yang diberikan boleh meringankan beban pelajar yang tiada gajet untuk meneruskan pembelajaran.

“Pohon doakan. Baru sahaja membeli 100 tab untuk dihadiahkan kepada pelajar yang memerlukan untuk kelas online.

“Siapa yang benar-benar perlu boleh hubungi 017-587 0294,” tulisnya hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas