Berita

Polis Putrajaya nafi saman pekerja tidak pakai sarung tangan

- Diterbit 21 Januari 2021 12:54 PM MYT

POLIS Daerah Putrajaya hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengenakan saman kepada seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di Presint 8, kerana tidak memakai sarung tangan ketika bertugas, seperti yang tular di media sosial.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 7.30 malam tadi.

Menurut polis, pekerja itu disaman kerana tidak mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera termasuk tidak memeriksa suhu badan ketika bertugas. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas