Biz

Ummi Nazeera ada alasan pilih By Chefiza

|||||
- Diterbit 20 Januari 2023 12:17 AM MYT

PELAKON popular Ummi Nazeera akui sangat cerewet dalam menerima tawaran sebagai duta mana-mana produk.

Bagi pelakon drama bersiri Rindu Kasih itu, produk muslimah mampu milik By Chefiza (BCF) berjaya membuatkan dirinya bersetuju menjadi duta meskipun terdapat jenama lain yang ‘melamarnya’ sebelum ini.

“Terima kasih kepada puan Fiza yang memilih saya sebagai duta. Ini merupakan kali pertama saya menjadi duta untuk hijab.

“Kenapa saya memilih By Chefiza? Iya, betul saya memang memilih jenama-jenama tertentu sahaja. Ini kerana ia memberi kesan dalam jangka panjang.

“Jadi apabila pengurus saya beritahu tentang ‘lamaran’ sebagai duta untuk BCF, perkara yang saya tengok adalah dia punya branding, look dan imej BCF itu sendiri.

“Dalam masa yang sama saya percaya yang BCF sangat sesuai dengan saya. Itulah antara sebab saya mengatakan ‘yes’ kepada BCF,” katanya dalam sidang media pelantikannya sebagai duta BCF, baru-baru ini.

DARI kiri: Ibu Hanim, Ummi Nazeera, Che Nurul Hafizah dan suami.

Ummi juga mengaku tertarik dengan keperibadian Pengasas By Chefiza, Che Nurul Hafizah Che Zulkifli, yang disifatkannya seorang yang merendah diri dan kejayaan produk itu membuatkan dirinya bangga.

“Saya berasal dari Besut, Terengganu. Loghat sana menggunakan diealek Kelantan. Apabila dapat tahu jenama ini dari Kelantan, saya rasa sangat bangga ada jenama yang boleh mencipta nama hingga ke sini (Kuala Lumpur).

“Jadi saya sangat bangga dengan Puan Fiza yang dibimbing oleh Ibu Hanim. Ini adalah perjuangan anak muda. Lepas itu Puan Fiza seorang yang sangat humble, jadi sesuailah dengan saya yang sebenarnya pemalu.

“ Jadi keserasian yang ada ini menguatkan lagi alasan saya untuk bersetuju menjadi duta BCF,” ujarnya.

SEKITAR Majlis Pelantikan Ummi Nazeera sebagai Duta By Chefiza.

Ummi juga berkongsi pengalamannya yang negitu selesa memakai tudung BCF ketika sesi penggambaran.

“Menyentuh tentang koleksi BCF pula, bila saya pakai produk (tudung) ni, tudung sarung ini wajib ada bagi setiap wanita. Setiap rumah memang kena ada, tapi kita punya objektif adalah semua rumah kena ada tudung BCF.

“Apabila saya pakai, keunikannya adalah Kalau berpeluh pun dia melekat. Bukan itu sahaja, kadang-kadang kalau pakai tudung, kita tak dengar sangat apa orang cakap, tapi dengan BCF tiada masalah pun.

“Saya pakai tudung ini ketika shooting drama bersiri Sekali Aku Bahagia (TV3) yang akan ditayangkan sempena Ramadan ini, saya selesa dan ia tak mengganggu saya pun sepanjang berada di lokasi penggambaran,” tambahnya.

Manakala Che Nurul Hafizah berkata, pemilihan Ummi Nazeera sebagai duta disebabkan dia menepati konsep jenama BCF iaitu bersahaja, mematuhi syariah dan menepati profil syarikatnya.

“Dengan pelantikan Ummi Nazeera sebagai duta, ditambah lagi dengan kempen raya yang bakal menampilkan dia yang kini popular menerusi drama Rindu Kasih, BCF yakin dapat meraih kepercayaan lebih ramai wanita di luar sana,” katanya.

Sementara itu, Che Nurul Hafizah turut memberitahu, pihaknya turut menyasarkan ualan pelbagai produk keluarannya seperti tudung, stoking, stoking tangan, inner neck dan snowcap mencecah kepada RM32 juta tahun ini.

Beliau berkata, berbanding tahun lalu, jualan yang dicatat adalah sebanyak RM28 juta dan peningkatan ini bakal disumbangkan daripada aktiviti promosi yang dipertingkatkan pada tahun 2023, pertambahan bilangan pengedar dan juga strategi pemasaran yang lebih efektif melalui program Go To Market.

BCF yang beribu pejabat di Kota Bharu, Kelantan dan memiliki sebuah kilang pengeluaran di Pengkalan Chepa dengan disokong oleh lebih 60 tukang jahit itu memiliki enam buah cawangan di seluruh negara. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas