Berita

Tujuh terbunuh dalam kejadian tembakan

- Diterbit 17 Mac 2021 3:10 AM MYT

TUJUH terbunuh dan sekurang-kurangnya dua cedera dalam kejadian tembakan di kawasan metropolitan Atlanta, Georgia, pada Selasa, lapor Agensi Berita Xinhua.

Di daerah Cherokee, seorang suspek berjaya melarikan diri setelah menembak mati tiga mangsa dan mencederakan dua yang lain di sebuat pusat urut Young’s Asian Massage Parlor dekat Acworth, kira-kira 50 kilometer di barat laut Atlanta City, lapor The Atlanta Journal-Constitution.

Beberapa jam kemudian, Ketua Polis Atlanta Rodney Bryant mengesahkan empat wanita, semuanya dipercayai warga Asia, ditembak dan dibunuh di dua rumah urut berasingan di Piedmont Road, Atlanta.

Bryant berkata siasatan masih di peringkat awal.

“Masih terlalu awal untuk mengaitkan kedua-dua kes,” katanya. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas