Artikel

Tujuh pendekatan KPM menangani isu beg berat

- Diterbit 18 Oktober 2022 3:03 AM MYT

Penyediaan lokar

– KPM telah menyediakan peruntukan bagi tujuan pembekalan lokar ke sekolah rendah dua sesi iaitu Fasa 1 yang dilaksanakan pada tahun ini manakala Fasa 2 dijangka 2023.

– Melibatkan 230 sekolah di Selangor, Johor (96); NegeriSembilan (20); Pahang (16); Terengganu (3); Kuala Lumpur (13); Putrajaya (1); Kedah (24); Perak (38); Pulau Pinang (38); Sabah (124) dan Sarawak (23).

Penyusunan semula jadual waktu

– Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran bagi tahap satu dan lima hingga enam mata pelajaran bagi tahap dua dalam sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.

Bilangan buku latihan

– Buku latihan tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa.

– Setiap buku latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.

Buku aktiviti dan buku kerja murid

– Hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Buku teks digital

– Penerbitan baharu buku teks dalam format digital. Sehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).

Pendekatan PdP

– Guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid (PBM) iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.

Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

– Kerjasama dengan JAKIM untuk penyelarasan pakaian supaya murid-murid diberi kelonggaran untuk memakai pakaian seragam sekolah semasa sesi persekolahan KAFA. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas