Berita

Tugas-tugas anggota pentadbiran dibatalkan

- Diterbit 24 Februari 2020 2:53 PM MYT

PUTRAJAYA – Tugas-tugas anggota pentadbiran merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik dibatalkan berkuat kuasa hari ini sejajar dengan perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali dalam satu kenyataan memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan berkenaan atas nasihat Perdana Menteri.

Ujar beliau, ia juga selaras Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas