Berita

Trump akan buat kenyataan, dakwa menang besar

US President Donald Trump gives a thumbs up as he steps off Air Force One upon arrival at Andrews Air Force Base in Maryland on October 1, 2020. - The president returned to Washington, DC after attending a fundraiser in Bedminster, New Jersey. (Photo by MANDEL NGAN / AFP)
- Diterbit 4 November 2020 7:26 AM MYT

PRESIDEN Donald Trump pada awal Rabu mendakwa memenangi pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2020 dan akan membuat kenyataan dalam waktu terdekat, lapor Sputnik.

“Saya akan buat kenyataan malam ini. MENANG! besar,” kata Trump di Twitter.

Trump turut menuduh Demokrat cuba merampas keputusan pilihan raya.

“Kami tidak akan pernah biarkan mereka lakukannya. Undi tidak dapat diberikan setelah undian (tinjauan) ditutup!” katanya.

Beberapa minit sebelum itu, pencabarnya dari Demokrat Joe Biden berkata “berada di landasan yang betul” untuk memenangi pilihan raya.

Sementara itu, pihak Twitter meletakkan tanda amaran terhadap kiriman Trump di media sosial itu boleh menimbulkan kekeliruan.

“Sebahagian atau semua kandungan yang dikongsi dalam akaun Twitter mengenai pilihan raya atau proses awam yang lain, boleh dipertikaikan dan mungkin mengelirukan,” kata platform media sosial itu sebagai mengulas mengenai tindakan menyembunyikan mesej berkenaan.

Trump mengejar rapat pencabarnya yang sekarang ini mendahului dengan 237-213, menurut Fox News. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas