Berita

Trafik kejar, lepas tembakan kenderaan miliki dadah

ANGGOTA trafik mengetuk tingkap kenderaan dan mengarahkan pemandu keluar.
- Diterbit 20 Mei 2020 4:28 AM MYT

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur berusaha keras menahan kenderaan jenis Nissan Teana berwarna hitam dengan hanya menunggang motosikal Yamaha Y125Z.

Menerusi video tular berdurasi 42 saat, ketika melalui Jalan Gombak menuju ke Kampung Padang Balang, anggota terbabit bertindak turun dari motosikalnya dan mengetuk cermin tingkap untuk mengarahkan pemandu turun setiba .

Beliau kemudiannya bertindak melepaskan dua das tembakan di bahagian tayar hadapan sebelah kanan kenderaan itu bagi tujuan menghentikan pergerakan.

Bagaimanapun, pemandu tersebut enggan beri kerjasama dan memecut kenderaan hingga
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Menurut Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, suspek telah terbabas dan kenderaan yang dinaiki tersangkut di penghadang tengah Lebuhraya DUKE, manakala suaspek melarikan diri.

Ujar beliau, pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut menemui sepaket plastik lutsinar di percayai diisi dadah jenis syabu.

“Siasatan rekod mendapati kereta tersebut milik seorang wanita di Senai, Johor.

“Tindakan mengesan suspek sedang giat dilakukan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas