
Berita
Maxis setuju meterai perjanjian akses 5G DNB – Fahmi Fadzil
MAXIS bersetuju memeterai Perjanjian Akses 5G dengan Digital Nasional Berhad DNB) hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Beliau berkata persetujuan itu berikutan beberapa siri perbincangan sejak keputusan jemaah Menteri pada 3 Mei lepas untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB mencapai 80 peratus liputan di