Syria

Berita

Malaysia kecam tindakan sasar bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria

MALAYSIA mengecam tindakan menyasarkan bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria, yang telah mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi itu. Malaysia turut mendoakan kesembuhan segera kepada mereka yang tercedera. “Tindakan sengaja

Berita

Malaysia sahkan komitmen bantuan kemanusiaan di Syria

TIMBALAN Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menyatakan komitmen berterusan Malaysia untuk menyediakan bantuan kemanusiaan di Syria pada pertemuan dengan Setiausaha Agung Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC), Jagan Chapagain. Menerusi hantaran di X, Kementerian Luar berkata pertemuan itu diadakan di luar Segmen Peringkat Tinggi Sidang ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia di ibu

Berita

Malaysia ikat Syria 2-2

SKUAD Harimau Malaya mencatatkan keputusan meyakinkan menjelang kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar apabila mengikat Syria 2-2 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi waktu Malaysia. Pada aksi tertutup di Stadium Grand Hamad itu, Malaysia yang menduduki ranking ke-130 dunia bermula garang apabila mendahului Syria dengan 1-0 menerusi jaringan Arif

Berita

Pan Gon gembira dapat skuad idaman

PENGENDALI skuad kebangsaan Kim Pan Gon gembira dengan pemilihan pemain dan menyifatkannya sebagai pasukan terbaik setakat ini, bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan. Menurut Pan Gon, beliau sangat berpuas hati kerana berjaya mengumpulkan semua pemain yang dimahukan kerana skuad Harimau Malaya akan berdepan tugas berat pada

Berita

NGO Malaysia-Indonesia sasar RM3 juta bantu mangsa gempa

GABUNGAN 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Malaysia dan Indonesia, menyasarkan RM3 juta kutipan dana dalam misi membantu mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria. Agensi yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu antaranya Malaysia For Syria; Global Peace Mission (GPM) Malaysia; Muslim Volunteer Malaysia (MVM); Hayrat Relief Malaysia; Impactive Malaysia; Cinta Syria Malaysia; DT Peduli Indonesia;  Asar Humanity Indonesia dan

Berita

Anggota tentera terbunuh dalam letupan bas tentera di ibu negara Syria

BEBERAPA orang anggota tentera terbunuh dalam letupan yang menyasarkan sebuah bas tentera yang mengangkut mereka di kawasan luar bandar pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan, Sham FM. Pemantau Hak Asasi Syria, badan pemantau perang yang berpangkalan di Britain, berkata 17 anggota terbunuh dalam letupan itu dan menambah angka kematian