
Impak kenaikan harga di bazar kerana kos sewa tapak, bukan SST – PM
KENAIKAN harga barangan di bazar Ramadan bukan disebabkan pelaksanaan cukai perkhidmatan, sebaliknya berpunca daripada kos sewa tapak yang tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kos sewa tapak yang tinggi antara lain turut disebabkan terdapat peniaga yang menyewanya daripada ejen yang mengambil kesempatan mengenakan caj yang tinggi dan