Selat Bosporus

Berita

Laluan di Selat Bosporus Turki ditutup disebabkan asap tebal

ASAP tebal menyebabkan laluan kapal di Selat Bosporus ditutup, lapor Agensi Anadolu. Laluan di Bosporus ditutup sementara ekoran jarak penglihatan di bawah setengah batu, memetik kenyataan Direktorat Pelabuhan Istanbul Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur. Semua laluan kapal dari dua arah ditutup pada 10.15 malam waktu tempatan (0715GMT). – BERNAMA