
Pegawai Imigresen hadapi 17 pertuduhan terima suapan lebih RM20,000
MAHKAMAH Sesyen di sini membebaskan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia daripada 17 pertuduhan menerima suapan RM21,500 untuk melepaskan warga asing yang melakukan kesalahan imigresen melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Al-Ridhuan Ahmad Zaini,