
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi
SEBANYAK 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi bermula hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) Muhammad Yazurin Sallij berkata penyelarasan itu merupakan usaha jangka panjang syarikat tersebut untuk menambah baik