
KPKM giat usaha kenal pasti golongan sasar dalam pelaksanaan subsidi bersasar
KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) giat menjalankan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dalam usaha mengenal pasti golongan sasar yang akan terlibat dalam pelaksanaan penyaluran subsidi secara bersasar. Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia khususnya melibatkan pemain industri daripada sektor tanaman, ternakan, perikanan dan penyediaan perkhidmatan pertanian di bawah kementerian