
Masih ramai pengamal media sambilan tiada perlindungan keselamatan sosial
MASIH ramai dalam kalangan pengamal media sambilan dan mereka yang bekerja sendiri didapati tidak mempunyai perlindungan keselamatan sosial, kata Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Mohamad Haron Othman. Beliau berkata keadaan itu antara lain disebabkan kurang kesedaran tentang kepentingan untuk mendapatkan perlindungan keselamatan sosial selain faktor kurang kemampuan.