
Perdagangan Malaysia tertinggi dalam 20 bulan, meningkat kepada RM246.31 billion pada Mei 2024
PERDAGANGAN Malaysia kekal berdaya tahan dan kukuh pada Mei 2024, mencatatkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun sebanyak 10.3 peratus kepada RM246.31 bilion, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Angka itu adalah nilai tertinggi dicatatkan sejak Oktober 2022 dan merupakan pertumbuhan tahun ke tahun yang kelima bulan berturut-turut. “Eksport