Malaysia, Pakistan teroka ruang perhebat hubungan perdagangan dan pelaburan
Malaysia dan Pakistan bersetuju meneroka ruang memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Malaysia dan Pakistan bersetuju untuk meneroka ruang memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Kedua-dua negara turut menyatakan komitmen meneroka potensi kerjasama dalam pelbagai lapangan lain termasuk pendidikan, pertahanan, kebudayaan serta hubungan sesama rakyat.
Perkongsian Strategik sejak 2019
Hubungan dua hala kedua-dua negara terus diperkukuh sejak peningkatan tahap hubungan Malaysia dan Pakistan kepada Perkongsian Strategik pada 2019.
Antara mekanisme yang digunakan untuk meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi adalah menerusi Mesyuarat Suruhanjaya Bersama antara kedua-dua negara.
Rakan dagangan di Asia Selatan
Pakistan merupakan rakan dagangan penting Malaysia di Asia Selatan, dengan nilai dagangan dua hala antara kedua-dua negara dilaporkan mencecah AS$1.42 bilion pada tahun 2021.
Malaysia dan Pakistan turut menandatangani perjanjian perdagangan bebas, iaitu Perjanjian Perkongsian Ekonomi Lebih Erat Malaysia-Pakistan (MPCEPA), yang berkuat kuasa sejak Januari 2008.