
Penganggur dipenjara 15 tahun rogol anak kenalan
SEORANG penganggur dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol anak kenalannya, tahun lepas. Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Zainol Hafiz Mohamad Azmi, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.