memorandum

Berita

MoU peruntukan pembangkang tumpu bangun dan pulih ekonomi – Fadillah

MEMORANDUM Persefahaman (MoU) peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang yang sedang dirangka, akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata draf MoU yang sedang dirangka itu, akan diberikan kepada pembangkang untuk dinilai sama ada terdapat keperluan untuk perbincangan lanjut.