
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini. Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin berkata mereka yang ingin melakukan aktiviti laut perlu menyemak ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi memandangkan keadaan laut kini bergelora