
Lesen media sosial tidak libatkan pengguna – Fahmi
KERANGKA kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan hari ini dan berkuat kuasa mulai tahun depan, tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata sebaliknya perlesenan itu hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial, justeru pengguna tidak