
ABMS jadi panduan KSM perkukuh tadbir urus, tangani risiko rasuah
PENGGUNAAN Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) akan menjadi panduan kepada semua jabatan serta agensi bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), dalam usaha mengukuhkan tadbir urus serta mengenal pasti risiko rasuah dan salah guna kuasa. Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata ketika ini inisiatif itu mula diguna pakai di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan langkah itu dilaksanakan dengan