
Isu banjir kilat di KL diberi perhatian khusus – Nga Kor Ming
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti 25 kawasan ‘hot spot’ banjir kilat di ibu negara dalam usaha mencari jalan mengatasi masalah itu. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata beliau telah meminta DBKL memberi perhatian khusus dan keutamaan terhadap projek tebatan banjir dan kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan bagi mengatasi masalah