Berita

Lawatan kerja Fahmi ke Korea Selatan beri nilai tambah dalam AI, telekomunikasi, industri filem negara

LAWATAN kerja Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selama tiga hari ke Korea Selatan yang berakhir semalam, telah memberikan nilai tambah kepada Malaysia dalam mengoptimumkan penggunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam rangkaian telekomunikasi, serta memperoleh ‘petua’ untuk meningkatkan kualiti industri perfileman negara. Walaupun singkat, lawatan yang bermula pada Isnin lepas, dilihat berjaya

Berita

Tentera Korea Utara lintas sempadan Korea Selatan lagi

BERPULUH-PULUH tentera Korea Utara melintasi garisan sempadan dengan Korea Selatan dalam kejadian kedua seumpama itu dalam tempoh kurang dua minggu, menurut Seoul pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Dalam kejadian itu, Korea Selatan bertindak melepaskan tembakan amaran menyebabkan tentera Korea Utara segera berundur, kata Ketua Turus Bersama (JCS) di Seoul.

Berita

Rakyat Malaysia wajar manfaatkan pengalaman latihan pertahanan awam Korea Selatan

RAKYAT Malaysia di Korea Selatan wajar memanfaatkan  pengetahuan yang mereka peroleh daripada latihan pertama pertahanan awam yang berlangsung di seluruh negara itu pada Rabu (23 Ogos) bagi membolehkan mengurus kecemasan sekembalinya ke tanah air. Pensyarah kanan kajian strategik dan hubungan antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Hoo Chiew Ping, memberitahu Bernama bahawa usaha

Berita

Siri jelajah: Malaysian Tigers ikat Korea Selatan

SKUAD hoki lelaki negara memulakan kempen siri jelajah persahabatan dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon hari ini. Anak buah A. Arul Selvaraj terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi jaringan padang Muhammad Firhan Ashaari. Muhammad Firhan sekali lagi menghasilkan gol buat skuad negara

Berita

Meskipun dibantah, Jepun tetap teruskan rancangan untuk lepaskan sisa nuklear ke laut

MESKIPUN menerima pelbagai tekanan, Jepun pada Selasa tetap meneruskan rancangan memasukkan air laut ke dalam terowong saliran Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi untuk membebaskan air sisa radioaktif terawat ke laut, lapor Agensi Anadolu. Rancangan itu telah mencetuskan bantahan kedutaan China di Tokyo selain daripada komuniti nelayan tempatan dan negara jiran. “Kemudaratan akibat pelepasan air

Berita

Seoul, Tokyo bincang pampasan untuk mangsa buruh paksa perang – Laporan

SEOUL dan Tokyo mengadakan rundingan diplomatik mengenai pampasan kepada mangsa buruh paksa semasa pemerintahan Jepun di Semenanjung Korea pada 1910-1945, lapor Sputnik. Pada 2018, Mahkamah Agung Korea Selatan memutuskan bahawa perjanjian 1965, yang menurut Tokyo, menyelesaikan semua isu berkaitan buruh paksa, tidak melarang bekas mangsa daripada mendapatkan ganti rugi secara individu. Keputusan