
Berita
Peniaga selesa di Kompleks Jalan Raja Bot
TINDAKAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memindahkan 64 peniaga di Jalan Lorong Muhibbah ke penempatan baharu di Kompleks Jalan Raja Bot, Chow Kit April lalu membawa kelegaan kepada para peniaga. Rata-ratanya bersyukur kerana diberi kawasan yang lebih selesa dan terjamin dari segi keselamatan untuk terus mencari rezeki demi kelangsungan hidup.