
Selebriti
“Kibarkan bendera putih, jangan malu” – Artis popular prihatin
PANDEMIK COVID-19 telah menyebabkan rakyat terjejas dan sesetengah mereka sudah tidak mampu menanggung tekanan hidup. Akhir-akhir ini, hampir setiap hari kejadian bunuh diri, kemurungan dan jenayah kerana kesusahan hidup dilaporkan. Melihat situasi yang semakin membimbangkan ini, warga maya mengorak kempen ‘kibarkan kain putih’ bagi golongan yang memerlukan bantuan keperluan harian.