kereta api

Berita

Mogok pekerja jejaskan perkhidmatan kereta api di UK

PENUMPANG kereta api di Britain berdepan gangguan perkhidmatan masuk hari keempat berturut-turut susulan mogok pekerja yang menuntut penyelesaian segera isu gaji dan suasana pekerjaan. Mogok oleh anggota kesatuan Rel, Maritim dan Pengangkutan (RMT) dan 14 pengendali kereta api telah menyebabkan perkhidmatan kereta api di Britain hampir lumpuh, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).