
KDN tahan 10 pengawal keselamatan warga asing
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menahan 10 warga asing kerana disyaki bekerja sebagai pengawal keselamatan tanpa permit kerja yang sah dalam operasi di tujuh lokasi sekitar Lembah Klang. Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata operasi bersepadu itu dijalankan melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan bersama Jabatan Imigresen pada Rabu