
Berita
APMM patahkan cubaan seludup jamu, kosmetik RM300,000
PELABUHAN KLANG – Cubaan menyeludup masuk jamu dan barang kosmetik bernilai RM318,167 berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan 0.2 batu nautika Pelabuhan Barat Klang di sini kelmarin. Kejayaan itu hasil operasi pada pukul 3.40 petang selepas mengesan sebuah bot sistem barter dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.