
JAKIM tidak terima sebarang bukti babit nasab ‘Mawla Amin’
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab ‘Mawla Amin’ seperti didakwa pihak tertentu. Perkara itu dinyatakan JAKIM dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook rasmi jabatan itu hari ini. “Susulan kenyataan dibuat pihak Nur Al Mustafa Malaysia dalam sidang media yang diadakan berhubung nasab ‘Mawla Amin’ bahawa mereka telah mengemukakan bukti dokumen berkaitan