
Sumbangan khas tampung perbelanjaan bakal jemaah haji
REZEKI buat 579 jemaah haji yang juga warga Putrajaya apabila menerima sumbangan berjumlah RM500 seorang pada Majlis Penyampaian Sumbangan Khas Haji Muasassah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2024/1445H baru-baru ini. Salah seorang penerima, Siti Azzah Abdul Razak, 49, bersyukur menerima bantuan tersebut dan menyifatkan sebagai rezeki menunaikan rukun Islam kelima.