Fahmi

Berita

Kementerian Komunikasi bangunkan kerangka strategik 2024-2025

KEMENTERIAN Komunikasi membangunkan Kerangka Strategik Kementerian Komunikasi Tahun 2024-2025, dengan Visi: Masyarakat MADANI Berinfomasi, Berhubung, Berdaya Maju dan Kreatif, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Beliau berkata visi itu akan direalisasikan dan didukung oleh dua misi utama kementerian iaitu memperkasa jaringan, infrastruktur telekomunikasi serta komunikasi sosial, bagi memacu pertumbuhan ekonomi kandungan

Berita

Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian. Azalina berkata inisiatif cadangan penggubalan undang-undang baharu itu adalah bagi menangani isu berkaitan jenayah siber selain mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam

Berita

Mesyuarat bersama Azalina, Gobind bincang pelaksanaan jawatankuasa teknikal dalam talian – Fahmi

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengadakan mesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Digital Gobind Singh Deo berkaitan pelaksanaan jawatankuasa teknikal melibatkan isu keselamatan dalam talian, terutama dalam kalangan kanak-kanak. Beliau berkata keselamatan kanak-kanak menjadi keutamaan kerajaan dengan satu daripada fokus adalah

Berita

Hormat keputusan Lembaga Pengampunan, jangan terlanjur komen di media sosial

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil memohon semua pihak untuk menghormati dan tidak terlanjur dalam membuat komen termasuk di media sosial berhubung keputusan Lembaga Pengampunan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk membuat sebarang keputusan, selain telah

Berita

Jawatankuasa teknikal teliti isu keselamatan, jenayah dalam talian bakal diwujudkan

SATU jawatankuasa teknikal melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)  Jabatan Perdana Menteri  akan diwujudkan bagi meneliti isu melibatkan keselamatan dan jenayah dalam talian di negara ini. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata jawatankuasa itu juga akan berpandukan maklumat diterima daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengenai aktiviti seperti

Berita

Kerajaan Perpaduan tidak masuk campur kes siasatan individu bergelar Tun

KERAJAAN Perpaduan tidak masuk campur dalam sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas mana-mana individu yang bergelar Tun dan ahli keluarga mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata kerajaan memberikan kebebasan kepada SPRM dalam melakukan sebarang siasatan yang dirasakan wajar, dan mengambil sebarang tindakan berlandaskan undang-undang. Katanya beliau