Berita

KBS saran penggiat e-sukan sertai kaji selidik

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyarankan rakyat Malaysia yang aktif atau pernah terlibat dalam e-sukan supaya menyertai kaji selidik secara dalam talian yang bertujuan mengumpul maklumat serta pandangan tentang ekosistem sukan itu di negara ini. Menterinya Hannah Yeoh berkata hasil kaji selidik terbabit akan dimanfaat dan diguna pakai kementerian itu bagi pembangunan dasar serta strategi berkaitan sukan berkenaan pada masa