#dewannegara

Berita

Usah buat spekulasi status kesihatan Mutang Tagal

SEMUA pihak diharap tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung status kesihatan Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Pejabat Yang Di-Pertua (YDP) Dewan Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebarang maklumat berhubung status kesihatan Mutang akan dimaklumkan oleh pihaknya mengikut keadaan semasa.

Berita

Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL

YANG di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal kini menerima rawatan perubatan di sebuah hospital di sini susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan. Menurut kenyataan pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April

Berita

Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan

MESYUARAT Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas yang menyaksikan 17 rang undang-undang diluluskan. Sepanjang persidangan itu, Dewan Negara meluluskan antaranya Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023, Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024,

Berita

Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024

PERSIDANGAN Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber 2024. RUU itu, yang bertujuan meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan terhadap langkah, standard dan proses tertentu dalam pengurusan ancaman keselamatan siber, diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo. Terdahulu, Gobind ketika menggulung perbahasan berkata

Berita

Dewan Negara lulus pindaan AUKU

PERSIDANGAN Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 bertujuan menambah baik tadbir urus, pengurusan aktiviti dan tatatertib pelajar. Ia diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 18 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika

Berita

Dewan Negara lulus RUU Polis (Pindaan) 2024

DEWAN Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memberi penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal istiadat PDRM. RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas tujuh senator daripada blok kerajaan dan pembangkang