Berita

Pengambialihan, penswastaan MAHB: Kerajaan tidak kompromi isu keselamatan negara

KERAJAAN menegaskan untuk tidak berkompromi dalam isu keselamatan negara walaupun pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan. Menurut Kementerian Kewangan, sebagai sebuah negara yang berdaulat, urusan di pintu masuk negara akan dikendalikan dan dikawal Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dan Jabatan Imigresen serta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (MCBA).

Berita

Bekalan air terawat dari Singapura masih diperlukan

BEKALAN air terawat dari Singapura masih diperlukan untuk memenuhi keperluan air negeri Johor. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, dalam hal ini kerajaan terus mengutamakan rundingan dan pandangan pihak berkepentingan. Menurut beliau, biarpun usaha mengurangkan kebergantungan kepada Singapura dirangka dan sedang dilaksanakan melalui projek

Berita

Program rehabilitasi 90 hari kepada ahli GISBH

KERAJAAN telah melancarkan program rehabilitasi selama 90 hari secara sukarela kepada seluruh ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) bagi memulihkan akidah yang terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata Majlis Keselamatan Negera (MKN) dan Jabatan Kemajuan Islam

Berita

Sasaran baharu PuTERA35 tingkat penguasaan Bumiputera melalui ekuiti GLC, GLIC

KERAJAAN telah menetapkan sasaran baharu di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) iaitu peningkatan penyertaan dan penguasaan Bumiputera melalui ekuiti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kepada 20 peratus menjelang 2035. Kementerian Ekonomi berkata, sasaran baharu itu ditetapkan berbanding penguasaan 18.7 peratus pada 2020. “Dalam

Berita

KKM tumpu perkasa perkhidmatan pakar di Hospital Labuan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) buat masa ini sedang memberi fokus untuk memperkasa perkhidmatan kepakaran di Hospital Labuan. Untuk itu jelas KKM, pihaknya belum ada perancangan untuk membina hospital baharu di Wilayah Persekutuan itu. “Hospital Labuan berkapasiti 122 katil merupakan hospital pakar minor dengan kadar penggunaan katil antara 50 hingga 60 peratus