Berita

Rusia sambung semula perkhidmatan penerbangan dengan Armenia, Azerbaijan

RUSIA pada Isnin secara rasmi menyambung semula perkhidmatan udara dengan Armenia dan Azerbaijan, yang sebelum ini dihentikan berikutan pandemik COVID-19. Keputusan itu diumumkan kerajaan Rusia pada 3 Februari, lapor TASS. Syarikat penerbangan kedua-dua republik itu kini dapat melakukan dua penerbangan seminggu dari Moscow ke Baku dan empat kali seminggu dari

Berita

Buku panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancar esok

MENJELANG Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada hujung bulan ini, buku panduan pelan imunisasi akan dilancarkan esok. Pelancaran buku itu oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan pada 9.30 pagi, dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melalui ciapan di laman Twitter hari ini. Menurut infografik yang dimuat

Berita

CIDB arah 15 tapak pembinaan tidak patuh SOP tutup operasi – Fadillah

LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengarahkan 15 tapak pembinaan di seluruh negara ditutup selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataan hari ini memaklumkan sejak PKP dilaksanakan pada 13 Jan lepas, CIDB telah menjalankan pemeriksaan ke

Berita

Fikirlah: COVID-19 – Mengapa masih tidak mahu terima kenyataan?

APAKAH benar virus yang masih lagi menghantui dan meresahkan negara serta persada global ketika ini iaitu COVID-19 adalah sangat membahayakan kesihatan sejagat manusia? Setelah lebih setahun, pandemik koronavirus maut ini melanda dunia termasuk Malaysia, sudah tentunya persoalan sebegini tidak sewajarnya lagi dibangkitkan mahupun mengusik dalam pemikiran mana-mana individu. Dalam tempoh

Berita

Aktiviti latihan di Pulapol dihentikan buat sementara waktu – Bukit Aman

SEGALA aktiviti latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di seluruh negara dihentikan buat sementara waktu berikutan terdapat kes positif COVID-19 membabitkan pelatih polis, kata Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din. Beliau berkata pada masa ini seramai 41 pelatih masih positif COVID-19 dan menjalani perintah kuarantin di Pulapol Kuala

Berita

Pasar Sentral Sibu ditutup sekali lagi hingga 19 Feb

PENUTUPAN Pasar Sentral Sibu yang sepatutnya berakhir esok akan dilanjutkan lagi sehingga 19 Feb susulan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 melibatkan pasar tersebut. Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting Ing Horh berkata keputusan itu dibuat susulan laporan yang diterima daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu berkaitan kes positif di situ. “Keutamaan