
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran Terbuka Malaysia 2024 – Chong Wei
LEGENDA badminton negara Datuk Lee Chong Wei optimis pemain perseorangan Lee Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, yang akan membuka tirai di Axiata Arena di sini esok. Chong Wei berkata berdasarkan prestasi, pemain perseorangan ranking ke-11 dan gandingan ranking keempat dunia itu sudah pasti tidak mahu mensia-siakan peluang