
Berita
FAM tingkat kawalan keselamatan
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya. Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, kawalan keselamatan itu merangkumi ketika kem latihan pusat dan perjalanan sewaktu hari perlawanan di dalam mahupun luar negara. “Ia sebagai langkah memastikan keselamatan